Wednesday, April 18, 2012

.kerana sebuah status fesbuk!.

seorang kawan menyampaikan sesuatu ; 

'kau tak tak si X terasa dengan kau'
'hah? sebab apa pulak?'
'sebab status kau dekat fesbuk'

status ini : 

"make up tebal tebal, upload dalam fesbuk ; errrkk? euuwww!"

sebab apa dia nak terasa sebegitu rupa? dia? atau mereka? sesiapa saja lah! sebabnya satu. dia buat apa yang aku kata, maka siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. siapa yang make up tebal tebal. dia lar yang terasa padatnya status tersebut. kan kawan kawan? 

ini bukan kisah mengaibkan sesiapa. kerana aku terlalu cekap mengeja apa itu A I B. ada sesetengah yang tak pandai, lalu dijaja cerita keluarga, kawan kawan, teman sebilik, rakan esaimen ; habis dijaja mereka mereka itu, kerana apa? mereka lupa AIB mereka nanti diperkata. 

persoalannya sekarang, perlukah bersolek untuk tontonan umum? persoalan ini lebih kepada kaum hawa yang berasa diri mereka cantik dan mahu diperlihatkan kecantikan itu kepada orang awam dan sekitar dengannya ; parah lagi apabila mereka itu tidak halal bagi satu sama lain. kepala digeleng, tanda tidak setuju. 

awas! wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud: 

“Janganlah menampakkan perhiasan” (al-Nur: 31). 

dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan pada anggota badan atau pakaian, boleh membawa fitnah. dengan inilah Allah melarang bermake-up. larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita wanita dan kaum hawa yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. azab Allah itu pedih sayang.

bagaimana pula dengan menggayakan tudung? shawl? selendang? gaya gaya lain? 

idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman. ini cuma sekadar pandangan.


sebenarnya maksud dan usaha kaum hawa yang sedemikian rupa adalah salah. Allah lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. penzahiran tindakan ini bererti mereka menipu diri sendiri. eh, ini tak menghukum sesiapa. jika anda mempunyai rasionalisasi yang bagus dan hujah yang bernas. teruskan menggayakan pakaian anda. bak kata sesetengah perempuan, 

"janji tutup aurat" 

for sure lah tutup aurat. tetapi kalau pakaian anda boleh bagi lelaki lain naik syahwat? anda langsung tak salah? salahkan lelaki yang pandang anda? nonsense! =) 

p.s : sekadar pandangan peribadi. =)